GBP/JPY Kembali Melonjak Namun Gagal Tembusi Paras Rintangan

537

Pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/JPY catat kenaikan harian sekitar 170 pips pastinya memberikan keuntungan lumayan untuk posisi dagangan ‘BUY’.

Situasi kenaikan harga ini turut membingungkan pelabur terhadap matawang Pound yang berisiko dalam pasaran ekoran kebimbangan terhadap perkembangan rundingan Brexit terbaru.

Walau bagaimanapun, lonjakan harga tersebut adalah didorong oleh penyusutan matawang Yen Jepun dalam pasaran. Apa yang berlaku?

Sentimen pasaran semakin menunjukkan pemulihan dengan perkembangan positif hubungan antara dua ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat dan China telah kembali meningkatkan keyakinan pelabur dalam pasaran.

Hal ini telah mendorong pelabur beralih ke arah pelaburan yang berpulangan tinggi manakala aset safe-haven kembali mengalami penyusutan. Ini memberi kesan lemah terhadap Yen sebagai matawang safe-haven.

Harga pada carta GBP/JPY telah melonjak dari paras 138.340 sehingga mencapai paras ketinggian harian 140.00 menguji paras ketinggian minggu lalu.

Namun menyambung dagangan pada hari ini, harga bergerak sedikit tinggi dari paras ketinggian semalam namun gagal melepasi paras 140.200 dan kembali pamer penurunan semula dari zon resistance tersebut.

Harga turun dan mendatar pada awal sesi Eropah di sekitar paras 139.700. Pelabur melihat penurunan hanya bersifat sementara untuk harga membuat pembetulan sebelum menyambung semula kenaikan.

Kenaikan yang berjaya melepasi resistance 140.200 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan Februari lalu dan berkemungkinan menuju paras tumpuan pada 141.200.

Namun jika harga membuat penurunan, paras 139.200 dilihat akan diuji selain paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan akan kembali menguji paras sokongan pada permulaan dagangan awal minggu sekitar 138.300.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat