GBP/JPY Melonjak Lagi Ke Paras Tertinggi Sejak Februari

340

Walaupun dinilai berisiko, namun matawang Pound Sterling berjaya bergerak lebih kukuh berbanding beberapa matawang utama lain dalam pasaran seperti US dolar dan Yen Jepun.

Matawang safe-haven Yen terus menyambung penyusutan nilainya pada sesi Asia pagi ini walaupun sentimen pasaran yang tidak menentu berpotensi untuk meningkatkan semula nilai dagangannya.

Pada carta pasangan matawang GBP/JPY semalam, harga telah berjaya melepasi paras resistance 140.200 selepas mengujinya sejak dagangan hari sebelumnya.

Selepas pembetulan harga pada penurunan ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pergerakan harga, lonjakan lebih tinggi disaksikan melepasi paras 140.200 sehingga ke paras ketinggian 140.800 di sesi pasaran New York.

Menyambung pada dagangan hari ini, harga meneruskan kenaikan di sesi Asia sehingga melepasi paras tumpuan 141.200 yang merupakan zon SBR (support become resistance) di carta GBP/JPY.

Kenaikan tersebut mencatatkan paras ketinggian terbaru harga sejak dagangan Februari lalu.

Kenaikan lebih tinggi dijangkakan akan menuju ke paras ketinggian pada 142.600 dengan momentum yang dikekalkan.

Sebaliknya, jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 140.200 sebelum ini akan kembali diuji yang akan membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan dilihat akan kembali semula ke paras 139.200 dan pergerakan penurunan selanjutnya bakal diteruskan ke zon support 138.300.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat