GBP/JPY Sambung Lonjakan Selepas Mesyuarat BOE & BOJ

297

Carta harga pasangan mata wang GBP/JPY mempersembahkan pergerakan menarik pada dagangan Khamis semalam susulan reaksi pasaran menjelang mesyuarat bank pusat England dan juga selepas keputusan mesyuarat diumumkan.

Bank of England (BOE) telah menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.25%, mengekalkan kenaikan kadar untuk kali kelima berturut-turut.

Menariknya, Pound pada mulanya melemah sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat dengan penurunan harga telah melepasi zon support sebelumnya pada 162.00, mencatatkan paras terendah terbaru minggu ini mencecah 160.00.

Namun harga kemudiannya pulih membuat lonjakan semula selepas keputusan mesyuarat tersebut menyaksikan harga melonjak semula ke paras ketinggian di sesi Asia iaitu sekitar 163.700.

Pelabur mula menilai isyarat perubahan trend bullish pada carta harga selepas kenaikan telah melepasi semula paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY semalam.

Selepas jangkaan kenaikan harga didorong oleh keputusan hawkish BOE menyokong pengukuhan Pound, mata wang Yen pula menambahkan keyakinan terhadap jangkaan tersebut susulan keputusan mesyuarat bank pusat Jepun (BOJ) pada sesi Asia pagi ini kekal melihatkan pelonggaran polisi dikekalkan.

Justeru, reaksi suram Yen telah melonjakkan lagi harga pada dagangan sesi Asia pagi ini (Jumaat) untuk melepasi paras 164.500 bersambung ke sesi Eropah.

Sekiranya kenaikan masih berjaya diteruskan, harga dijangka akan mensasarkan semula ke zon rintangan pada ketinggian 168.500 yang dicapai pada minggu lalu.

Namun, jika lonjakan harga terbantut, penurunan semula harga bakal berlaku untuk kembali menguji zon support harga pada 162.00.

Penurunan yang diteruskan bakal mengatasi paras terendah dicecah semalam pada 160.00 dengan sasaran lebih rendah untuk dituju adalah pada 157.700.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat