GBP Menguat Selepas Data PMI Ini Dikeluarkan

761

Aktiviti sektor pembinaan UK meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lima bulan pada April berdasarkan data yang dikeluarkan pada pukul 4.30 petang pada Rabu. Indeks menunjukkan peningkatan bacaan ke paras 52.5 berbanding jangkaan 50.5.

Data sebelum ini hanya merekodkan bacaan 47 iaitu paras terendah 20-bulan lalu.

Matawang GBP menguat selepas data ini dikeluarkan dengan Sterling membuat kenaikan berbanding matawang-matawang utama yang lain.

“Peningkatan semula oleh aktiviti pembinaan adalah memberangsangkan selepas gangguan oleh cuaca salji sebelum ini,” kata Tim Moore pengarah Markit yang mengeluarkan data ini.

Data ini dijangka tidak banyak menolak kenaikan GBP dengan kesan data yang positif ini hanyalah sementara. Berkemungkinan GBP yang sedang menguat akan melemah semula dalam masa terdekat.

Tumpuan bagi data PMI akan lebih tertumpu kepada sektor perkhidmatan (service) yang akan dikeluarkan pada Khamis pukul 4.30 petang. Hal ini kerana sektor perkhidmatan mewakili sebahagian besar keseluruhan ekonomi United Kingdom.

Data PMI sektor pembuatan UK yang dikeluarkan pada Selasa pula merekodkan bacaan yang meleset daripada jangkaan. Bacaan jatuh ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan yang lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat