GBP/USD Bakal Meneruskan Lagi Penurunan Susulan Data Inflasi UK Dikeluarkan Pada Sesi Eropah

389

Pound Sterling pada dagangan Selasa terus diniagakan lemah dalam pasaran ekoran laporan akhbar yang menyatakan rundingan antara kerajaan Perdana Menteri Theresa May bersama parti pembangkang Buruh masih tidak mendapat kesepakatan.

Laporan tersebut juga telah mengatasi peluang GBP untuk mengukuh selepas laporan data pekerjaan di UK dikeluarkan semalam yang mencatatkan bacaan yang positif.

Turut menambahkan tekanan buat Sterling hari ini adalah pada data inflasi UK yang kekal rendah di paras 1.9% seperti sebelumnya meleset berbanding jangkaan kenaikan kepada 2.0% oleh pasaran.

Berbanding dagangan dolar Amerika, pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD yang menguji paras Magic Pivot semalam kemudiannya telah turun lebih rendah melepasi paras support MagicS1 dan hampir menyentuh paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line semalam.

USD pada dagangan semalam walau bagaimanapun turut gagal untuk mengukuh selepas data pengeluaran perindustrian di Amerika Syarikat mencatatkan bacaan yang merosot.

Dagangan GBP/USD pada sesi Asia hari ini telah menunjukkan kenaikan dan harga menyentuh paras Magic Pivot 1.3063 hari ini sebelum kembali membuat penurunan semula sehingga bersambung ke sesi pasaran Eropah.

Jika penurunan harga masih diteruskan, jangkaan harga akan menuju ke paras sekitar 1.3000 untuk harga menguji zon support tersebut. Jika harga berjaya melepasi zon tersebut, penurunan harga seterusnya dijangka akan ke paras support 1.2965 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 100 pips penurunan dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun, jika harga kembali bergerak membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot, destinasi tumpuan harga berkemungkinan adalah ke paras resistance 1.31200 atau paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line dan kenaikan tersebut bakal mencatatkan 60 pips pergerakan harga.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3024, 1.3004, 1.2965.

Paras resistance: 1.3083, 1.3121, 1.3141.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat