GBP/USD Bakal Sambung Penurunan Minggu Lalu, Atau Kembali Melonjak Semula?

894

Matawang safe-haven US dolar dan Yen pamerkan pengukuhan pada permulaan dagangan minggu ini dengan sentimen risk-off pasaran susulan ketegangan yang timbul di antara Amerika Syarikat dan China.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa China tidak membeli barangan Amerika Syarikat seperti yang dipersetujui melalui perjanjian dan mengancam untuk membatalkan perjanjian tersebut.

Setiausaha Negara A.S, Mike Pompeo pula mendakwa melalui siasatan, terdapat bukti kukuh yang menyatakan bahawa virus pandemik yang menular adalah berasal dari makmal di Wuhan. Ini semakin menambahkan ketegangan di antara di negara tersebut.

Pound Sterling pula kembali didagangkan lemah sejak penghujung minggu lalu selepas pamerkan kenaikan pada dagangan sebelumnya.

Ekonomi UK masih lagi terkesan dengan lanjutan perintah berkurung dalam usaha membendung penularan wabak pandemik. Kerajaan dijangka akan mengumumkan pelonggaran dalam masa terdekat.

Dagangan Sterling juga masih berisiko dengan perkembangan pasif rundingan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) dalam rundingan Brexit susulan UK bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan setakat penghujung tahun 2020 yang tidak disenangi oleh EU.

Dagangan pada carta harga pasangan matawang GBP/USD telah menunjukkan corak penurunan harga selepas kenaikan terdahulu mencapai paras ketinggian 1.26400 pada Khamis lalu.

Setelah itu, harga mula membuat penurunan sehingga harga telah bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang memberi isyarat perubahan trend bearish.

Dagangan pada awal minggu ini menyaksikan penurunan harga diteruskan selepas harga dibuka lebih rendah di bawah paras 1.25000.

Penurunan sekitar 50 pips sehingga memasuki sesi Eropah dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1.24000.

Jika sentimen pasaran terus memihak kepada pengukuhan US dolar, harga bakal ditekan lebih rendah sehingga menuju zon support sekitar 1.22500.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula, destinasi awal tumpuan harga adalah pada 1.25000 yang merupakan zon SBR (support become resistance).

Kenaikan lebih tinggi akan menuju semula paras ketinggian 1.26400 yang dicapai pada minggu lalu.

Pelabur akan lebih berwaspada untuk dagangan Pound menjelang mesyuarat dasar bank pusat England pada Khamis.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat