GBP/USD Bentuk Corak Bullish, Ini Ramalan Pergerakan Harga Di Penghujung Minggu

152

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam telah menyaksikan kenaikan harga dipaparkan di sesi New York semalam.

Ini berikutan US dolar yang bergerak lemah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang diberi tumpuan dalam pasaran.

Antaranya jangkaan yang suram pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada Jumaat, dengan beberapa data ekonomi akan diperhatikan dahulu hari ini.

Selain itu, beberapa pegawai Federal Reserve (Fed) berpandangan kenaikan kadar faedah perlu ‘direhatkan’ dahulu buat ketika ini untuk menilai kesan terhadap ekonomi AS, sekaligus mendorong penyusutan bagi US dolar.

Namun, pada carta GBP/USD semalam menyaksikan penurunan harga terlebih dahulu di sesi Asia dan Eropah.

Harga pada mulanya turun mencecah 1.23500 sebelum berlaku lonjakan semula melepasi parsa 1.24000 dan mencapai ketinggian 1.24400 pada penutupan sesi New York.

Pergerakan semula harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut mencetus jangkaan trend bullish buat harga.

Sekiranya lonjakan berjaya diteruskan, harga bakal menuju ke paras 1.25000 yang dilihat sebagai rintangan terhampir.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi bakal mencapai zon 1.26000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Namun, waspada jika harga kembali menjunam semula di bawah 1.24000 dan menembusi sokongan MA50, pelabur perlu menjangkakan kejatuhan harga lebih parah boleh terjadi.

Untuk penurunan, zon support 1.23000 dilihat akan dituju untuk diuji sebelum penurunan yang masih diteruskan boleh mencecah sehingga sekitar 1.22000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat