GBP/USD Bergelut Untuk Teruskan Kenaikan, Harga Ditekan Semula Menuju $1.2600

260

Cubaan untuk meneruskan kenaikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD Selasa semalam tidak kesampaian apabila berlaku penyusutan semula di sesi New York.

US dolar bergerak suram pada sesi sebelumnya yang meneruskan corak dari awal minggu, namun pada sesi New York US dolar telah pamerkan pemulihan yang positif.

Data pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat (AS) untuk Februari catat peningkatan angka yang mengatasi ramalan, namun data tinjauan keyakinan pengguna AS yang menyusul selepas itu hadir dengan bacaan kurang memberangsangkan untuk bulan Mac.

Momentum pengukuhan US dolar di awal sesi New York mula terbantut menyaksikan harga mendatar menuju penutup sesi tersebut.

Pada carta GBP/USD dapat diperhatikan harga membuat kenaikan perlahan dahulu ke paras 1.26600 sebelum berundur ke sekitar 1.26250.

Penurunan perlahan harga diperlihatkan pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu) yang semakin menghampiri paras 1.26000.

Penurunan harga di bawah zon tersebut boleh menjadi indikasi bearish buat harga dengan jangkaan penurunan yang bakal dilanjutkan ke sasaran seterusnya pada 1.25000.

Namun kenaikan harga tetap boleh berlaku melepasi halangan MA50 semula sebelum harga mengatasi paras dicapai semalam.

Corak kenaikan harga yang lebih kukuh jika berjaya dipaparkan bakal menguji pula rintangan pada zon 1.27000 yang menjadi tumpuan sebelum ini.

Seterusnya, harga yang berjaya melanjutkan kenaikan ke paras lebih tinggi seterusnya akan mensasarkan pula ke sekitar 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat