GBP/USD Beri Isyarat Awal Untuk Melompat Lebih Tinggi

430

Pelabur menyaksikan lonjakan semula mata wang Pound Sterling di awal minggu ini selepas bergerak lemah sepanjang minggu lalu ekoran kebimbangan pelabur terhadap kes kesan sampingan darah beku suntikan vaksin AstraZeneca.

Lonjakan Pound di awal minggu ini didorong oleh faktor pembukaan semula ekonomi UK selepas pelaksanaan sekatan pergerakan sebelum ini bagi membendung penularan Coronavirus.

Pelabur memberi reaksi positif terhadap pembukaan semula ekonomi UK namun penganalisis memberi amaran untuk memantau perkembangan selanjutnya kerana masih awal untuk menyatakan pemulihan ekonomi yang pantas.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD kembali memberi isyarat awal untuk permulaan trend bullish semula selepas siri penurunan harga minggu lalu.

Pada dagangan semalam, harga yang berlegar di paras sokongan 1.36700 yang turut dicecah pada Jumaat lalu kembali melonjak dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Zon SBR (support become resistance) 1.37300 ditembusi sebelum harga mencapai paras ketinggian sekitar 1.37750 mengatasi paras ketinggian Jumaat lalu sebelum menutup dagangan sekitar 1.37300 semula yang bertukar fungsi sebagai RBS (resistance become support).

Pergerakan harga di sesi Asia pada Selasa perlahan berlegar di zon RBS tersebut dengan paras MA50 akan menjadi sokongan untuk harga menyambung lonjakan semula.

Kenaikan lebih tinggi harga bakal menuju semula ke zon SBR 1.38000-1.38300 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Namun, pelabur perlu berwaspada sekiranya US dolar mengukuh semula dalam pasaran dan menekan harga lebih rendah semula.

Penurunan yang melepasi paras 1.37000 dan paras support 1.36700, harga dilihat akan menuju sehingga ke paras 1.36000 untuk menguji pula zon support pada Februari itu.

Tumpuan akan turut terarah pada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bulanan UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah petang ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat