GBP/USD Beri Petunjuk Awal Untuk Lenyapkan Trend Bullish?

503

Setelah pergerakan harga pasangan matawang GBP/USD gagal untuk tembusi paras tertinggi mingguan pada minggu lalu, harga terus membuat corak penurunan sehingga melepasi paras rintangan 1.38000.

Junaman sekitar 100 pips daripada paras ketinggian 4 minggu itu serba sedikit memberi isyarat bearish dan terus kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Pada pembukaan dagangan di sesi Asia hari ini (Isnin), harga telah menjunam dengan membuat ‘gap’ sebelum kembali ditutup dengan lonjakan untuk menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000.

Matawang Pound akhirnya memberi peluang kepada matawang USD untuk mempelopori penguasaan yang mana secara tidak langsung telah mendorong harga pada carta GBP/USD kekal pamer penyusutan.

Penerbitan data ekonomi PMI United Kingdom yang positif pada sesi Eropah (Jumaat) juga tampaknya tidak berupaya untuk memacu pergerakan harga terus melonjak tinggi setelah dibedal oleh pengukuhan USD.

Pengukuhan itu dilihat telah disokong oleh laporan terbaharu daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang berkata sudah bersedia untuk melaksanakan pengurangan pembelian bon.

Selepas menembusi paras rintangan 1.38000, pelabur mungkin akan mengalihkan tumpuan kepada zon RBS (resistance become support) 1.37000 untuk dicecah jika harga terus kekal dengan corak pergerakan downtrend.

Paras tertinggi mingguan 1.38300 dijangka akan kembali menjadi perhentian seterusnya jika pergerakan harga kembali meningkat sebelum kebarangkalian yang lebih jelas untuk melihat harga terus melonjak.

Kenaikan awal berkemungkinan akan menuju semula ke zon rintangan utama pada zon SBR (support become resistance) 1.39000 dan sekaligus akan menghapuskan isyarat bearish yang ingin dipamerkan.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat