GBP/USD Berlegar Di Zon $1.3300, Apa Jangkaan Berikutnya?

456

Kesengsaraan pasaran mengenai penularan semula wabak Covid-19 yang ditambah dengan penemuan varian baharu terus menambah kegawatan kepada pasca Brexit yang masih belum mencapai kata sepakat.

Sentimen pasaran yang dilihat sedikit berisiko dan bercampur pada ketika kewujudan varian Omicron di Afrika Selatan terus mengucar-ngacir pergerakan matawang USD untuk kekal pamer pengukuhan.

Kekucaran tersebut turut dihantui oleh aktviti pengambilan untung (profit taking) serta kemerosotan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) yang alami kejatuhan dari paras hampir 1.70% ke bawah paras 1.50%.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD nampaknya sekali lagi telah menciptakan paras terendah yang terbaharu sekitar 1.32800 di sesi Eropah penutup dagangan minggu lalu sebelum kembali meningkat.

Lonjakan berkenaan dilihat turut bersambung ke sesi New York Jumaat sebelum memaparkan pergerakan volatile di penghujung sesi untuk terus berlegar pada zon sokongan 1.33000 sehingga hari ini (Isnin).

Harga juga menyaksikan pergerakan harga kekal didagangkan di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal kepada perubahan trend bullish bakal berlaku.

Keadaan ini tentunya akan memperlihatkan harga akan mampu mencapai zon SBR (support become resistance) 1.34000 jikalau trend bullish berjaya ditampilkan dengan lebih jelas pada carta GBP/USD.

Keupayaan untuk lonjakan garang berkemungkinan akan menguji zon SBR seterusnya pada 1.35000 serta ia pernah menjadi rintangan seketika yang gagal untuk ditembusi pada pertengahan November.

Andai kata pergerakan harga terus mengekalkan trend penurunan harga, zon sokongan 1.33000 dan juga paras terendah yang dicapai pada minggu lalu sekitar 1.32800 dijangka akan mampu untuk diuji.

Penurunan lebih rendah pula akan melihat harga menjejaki ke zon sokongan 1.32000 yang sebelum ini menyokong lonjakan harga sehingga lah mencapai rekod ketinggian dalam tempoh masa 3 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat