GBP/USD Berpotensi Turun 80 Pips Lebih Rendah ke Paras 1.27000

580

Dagangan Pound Sterling terus merosot sehingga penghujung minggu berikutan tiada perkembangan positif berkenaan rundingan Brexit dilaporkan.

Kepimpinan Perdana Menteri Theresa May terus tergugat walaupun beliau masih lagi bergelut untuk mempertahankan pelan Brexit beliau sebelum ini. Rundingan antara parti juga tidak menunjukkan keputusan yang meyakinkan buat pelabur.

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD jelas menunjukkan siri penurunan harga sepanjang minggu dengan harga terus membuat penurunan ke paras terendah yang baru.

Harga semalam yang bergerak mendatar pada sesi pasaran Asia kemudiannya membuat penurunan sehingga ke paras lebih rendah dari paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum pergerakan kembali mendatar sehingga penghujung sesi dagangan New York.

Dagangan GBP/USD hari ini masih mendatar namun menguji paras support pada 1.27800 dan harga juga berada di bawah paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Jika harga pada hari ini meneruskan siri penurunan, harga berkemungkinan akan turun melepasi paras support 1.2768 (MagicS1) dan juga support 1.2745 (MagicS2) sebelum menuju ke paras tumpuan pada 1.2704 (MagicS3).

Penurunan harga ke paras terendah yang terbaru tersebut akan mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga dari paras support 1.27800.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2809, jangkaan kenaikan harga akan melepasi paras resistance pada 1.2832 (MagicR1) sebelum menguji paras resistance 1.2874 (MagicR2) yang berada pada tumpuan harga sebelum ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.2768, 1.2745, 1.2704.

Paras resistance: 1.2832, 1.2874, 1.2896.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat