GBP/USD Bertahan Di Atas $1.1800, Tapi Tersekat Di Skala $1.2000

163

Pound Sterling pada minggu lalu didagangkan suram ketika tumpuan diberikan kepada terbitan laporan data pekerjaan serta inflasi UK yang gagal memberi impak ketara terhadap pasaran.

Walaupun inflasi UK melonjak ke paras tertinggi 41 tahun mencapai paras 11.1%, namun Pound dilihat tidak mengukuh ketika US dolar didagangkan lemah minggu lalu.

Perkembangan di UK turut dipantau pelabur setelah Menteri Kewangan Jeremy Hunt mengumumkan kenaikan cukai £55 bilion dalam pembentangan belanjawan di Parlimen.

Menjadi faktor yang berkemungkinan akan menambahkan tekanan buat Pound minggu ini adalah jangkaan untuk US dolar boleh mengukuh semula susulan berita sekatan pergerakan selama 5 hari di Guangzhou ekoran kebimbangan penularan Covid-19.

Meneliti carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga telah mencapai paras tertinggi 13 minggu pada Selasa lalu di zon 1.2000.

Namun, bersambung pada dagangan sehingga penghujung minggu, harga mula mendatar semula di bawah 1.19400 dan dilihat turut turun menguji zon sokongan pada 1.18000.

Masih lagi berlegar dalam julat tersebut bersambung pada dagangan awal minggu ini, harga sedikit menurun pada pembukaan sesi Asia pagi ini dan berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Isyarat awal pergerakan bearish itu akan mendorong harga susut untuk menguji sekali lagi zon sokongan pada 1.18000 untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon itu.

Sekiranya harga melanjutkan penurunan menembusi zon 1.18000 tersebut, penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.16000 pula.

Sebaliknya, jika harga melantun pada zon 1.1800 dan membuat kenaikan semula, rintangan pada 1.19400 akan diuji sebelum harga menuju semula ke zon rintangan 1.2000 minggu lalu.

Berjaya melepasi rintangan tersebut akan mendorong harga mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak pertengahan Ogos lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat