GBP/USD Bertahan Di Atas Titian $1.1800, Powell Akan Jadi ‘Kompas’ Untuk Arah Harga

197

Pergerakan harga dalam pasaran dilihat suram di akhir minggu ini sementara pelabur masih kekal menantikan ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di sesi New York malam ini.

Menjadi tumpuan di sesi New York semalam adalah pada penerbitan data pertumbuhan ekonomi KDNK Amerika Syarikat (AS) untuk suku kedua dengan bacaan terbaru yang sedikit baik daripada -0.9%, iaitu pada -0.6%, tetapi masih lagi menunjukkan isyarat pengucupan ekonomi.

Oleh itu, reaksi awal menyaksikan sedikit pengukuhan semula US dolar yang mengurangkan kerugian pada penyusutan di sesi-sesi sebelumnya, namun pengukuhan dilihat terhad ekoran pelabur kekal berhati-hati untuk jangkaan ‘gelora’ yang menanti selepas ucapan Jerome Powell.

Sementara mata wang Pound pula masih lagi bergerak mendatar berikutan ketiadaan data-data ekonomi yang penting pada minggu ini dengan perkembangan di UK juga perlahan.

Justeru, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat gagal membuat sebarang pergerakan yang memberangsangkan pada dagangan menuju penghujung minggu walaupun terdapat corak lonjakan pada Selasa lalu yang mencetus jangkaan awal untuk perubahan trend.

Sehingga bersambung ke sesi Asia pagi Jumaat ini, harga kekal berlegar pada zon support 1.1800 yang berjaya mengekang kejatuhan harga yang lebih parah selepas harga meneruskan trend bearish pada minggu lalu.

Paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD menjadi pemerhatian pelabur untuk isyarat pergerakan harga selanjutnya setelah beberapa sesi harga dilihat meniti di atas paras tersebut.

Sekiranya harga berjaya dilonjakkan selepas ucapan oleh Jerome Powell, paras rintangan pada 1.18800 bakal menjadi tumpuan untuk di uji terlebih dahulu sebelum harga meneruskan kenaikan ke paras rintangan seterusnya sekitar 1.19400.

Sebaliknya jika harga gagal untuk meneruskan pengukuhan lalu menyusut semula di bawah zon 1.18000, pelabur bakal menilai pergerakan harga untuk berubah kepada trend bearish semula.

Harga yang menyusut melepasi paras 1.17600 dan juga paras terendah dicecah Selasa lalu sekitar 1.17200 seterusnya bakal dijangka menuju ke paras sokongan terbaru sekitar 1.16000 sekaligus merekodkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat