GBP/USD Berubah Arah Buat Kenaikan Semula Menuju Penghujung Minggu

248

Jangkaan pelabur untuk melihat harga meneruskan penurunan pada carta pasangan mata wang GBP/USD meleset apabila gagal diteruskan pada dagangan Khamis semalam.

Situasi ini disebabkan oleh faktor penyusutan semula US dolar yang membuatkan harga kembali melonjak semula.

Sentimen pasaran yang memulih serta data pekerjaan sektor swasta Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan lemah semalam telah mengekang pengukuhan US dolar yang dipaparkan pada Rabu lalu.

Menuju ke penghujung minggu dengan tumpuan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP AS, harga pada carta GBP/USD telah kembali memberi isyarat trend bullish, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku selepas laporan tersebut diterbitkan sebentar lagi.

Zon 1.25000 dilihat masih berjaya mengekalkan fungsinya sebagai support harga dengan harga kembali melonjak semula dari zon tersebut menghampiri zon 1.26000 sehingga ke dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Harga yang melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) juga turut dinilai sebagai isyarat awal perubahan trend yang bakal mengakhiri corak penurunan harga sebelum ini.

Sekiranya US dolar terus melemah dan mendorong harga meningkat lebih tinggi melepasi paras 1.26000, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan harga catatkan paras ketinggian terbaru lagi untuk tempoh 5 minggu dengan sasaran adalah menuju zon 1.27000.

Untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, harga berkemungkinan akan menguji pula zon ketinggian pada 1.27700.

Namun jika laporan NFP sebentar lagi memihak untuk pengukuhan semula US dolar, harga bakal dibenam lebih rendah semula seperti penurunan yang berlaku pada Rabu lalu.

Penurunan semula harga masih dijangkakan untuk menguji paras 1.25000 yang berada pada zon RBS (resistance become support) penting itu.

Melepasi zon tersebut akan memberi petunjuk penurunan lebih rendah harga bakal dilanjutkan lagi dalam pergerakan trend bearish pada carta harga.

Seterusnya zon tumpuan pada 1.24000 atau lebih rendah lagi pada sekitar 1.23000 dilihat akan menjadi antara sasaran pada penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat