GBP/USD Boleh Bertahan Ke Di Atas $1.2700?

253

Pound agak mendatar didagangkan pada Khamis semalam namun masih dalam prestasi yang positif susulan lonjakan nilai yang bermula pada Selasa lalu ketika data inflasi UK diterbitkan.

Bacaan data jualan runcit UK hari pula akan dinantikan di sesi Eropah selepas bacaan inflasi catat angka yang lebih tinggi berbanding ramalan.

Justeru, ketika US dolar memberi tekanan kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran minggu ini, namun Pound berjaya bangkit untuk pulih menuju dagangan ke penghujung minggu.

Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, harga sebelum ini telah melonjak dari paras 1.26000 yang dicecah dan semalam dilihat menguji rintangan paras 1.27000.

Harga menutup sesi New York di paras 1.27000 dan mula bergerak di atasnya dengan perlahan di sesi Asia pagi ini (Jumaat).

Pergerakan harga yang berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut memberi gambaran untuk harga meneruskan trend bullish selain sudah melepasi paras 1.27000.

Jika corak kenaikan diteruskan, harga akan cuba untuk mengatasi ketinggian minggu lalu sekitar 1.27800 sebelum menguji zon rintangan 1.28000.

Sekiranya kenaikan lebih tinggi masih terus dipamerkan, harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru menuju hingga 1.29000.

Namun, jika sebaliknya harga gagal bertahan di aras paras 1.27000, penurunan boleh dijangkakan untuk berlaku semula.

Paras sokongan pada 1.26000 akan kembali dicecah dan diuji semula sebelum reaksi yang ditunjukkan harga akan jadi isyarat penting bagi pergerakan harga bersambung ke minggu hadapan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat