GBP/USD Canak Lagi Ke Paras Paling Tinggi 15 Bulan!

149

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pecah rekod ketinggian terbaru lagi hari ini ketika menyambung lonjakan di sesi Asia.

Menyokong pengukuhan Pound sejak pembukaan sesi Eropah semalam adalah indeks purata gaji di UK yang catat peningkatan memberangsangkan dalam laporan pekerjaan yang diterbitkan semalam.

Namun, faktor yang dilihat menghadkan pengukuhan Pound apabila kadar pengangguran catat lonjakan ke paras 4.0% berbanding ramalan untuk kekal di paras 3.8% bulan sebelumnya.

Ketika US dolar kekal melemah sehingga ke sesi New York semalam menjelang terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) hari ini, Pound memanfaatkan ruang untuk turut memburu rekod ketinggian terbaru lagi.

Selepas data inflasi pengguna AS malam ini, data inflasi pengeluar AS pula berserta data pertumbuhan ekonomi UK pada esok hari akan menjadi tumpuan yang akan pengaruhi pergerakan carta GBP/USD.

Setelah kenaikan harga berjaya melepasi paras 1.29000 semalam, harga mencapai ketinggian terbaru pada sekitar 1.29300.

Kenaikan diteruskan lagi ketika dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini mencapai paras 1.29700 untuk rekod tertinggi terbaru 15 bulan.

Corak kenaikan dijangka akan dikekalkan hingga harga menyentuh paras sasaran pada 1.30000 sebelum reaksi harga di sekitar tersebut akan diperhatikan.

Sekiranya kenaikan diteruskan, harga akan terus catatkan paras ketinggian terbaru.

Namun jika berlaku terjunan semula harga, berkemungkinan harga akan kembali menghampiri semula paras 1.29000 yang telah ditembusi semalam.

Susut lebih rendah di bawah paras itu akan memberi isyarat awal permulaan trend bearish yang boleh menekan harga ke sekitar zon 1.28400 yang sebelum ini menjadi rintangan pada dagangan Jun lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat