GBP/USD Capai Semula Ketinggian Lonjakan Minggu Lalu

120

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD semalam dilihat berjaya mencapai semula ke paras ketinggian ketika lonjakan pada terbitan data NFP Jumaat lalu walaupun pada mulanya bergerak perlahan.

Penurunan harga dipaparkan pada sesi Asia sehingga ke pembukaan sesi Eropah semalam ke sekitar 1.27200 sebelum kenaikan diperlihatkan pada sesi New York.

Harga juga dilihat menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu dan kemudiannya melonjak, memberi isyarat pergerakan harga masih dalam situasi bullish.

Kenaikan sehingga ke penghujung sesi New York telah mencapai semula ketinggian 1.27900 yang sebelum ini dicapai pada Jumaat lalu, namun harga belum lagi melepasinya.

Harga malah sedikit berundur pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa) sambil disokong oleh paras MA50.

Pelabur menantikan jika ada isyarat untuk pergerakan harga bertukar bearish susulan kenyataan ahli Federal Reserve (Fed) yang bernada hawkish berpotensi mengukuhkan US dolar dan menekan harga jatuh ke bawah.

Data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan data pertumbuhan ekonomi UK dinanti untuk diterbitkan pada penghujung minggu yang boleh memberi impak kepada pergerakan kedua-dua mata wang.

Untuk jangkaan sekiranya kenaikan harga diteruskan, harga yang melepasi rintangan pada 1.27900-1.28000 bakal menyambung pendakian lebih tinggi menuju pula paras tumpuan 1.29000.

Melepasi paras tersebut menjangkakan kenaikan harga untuk mencapai semula paras rintangan sebelum ini pada 1.30000.

Namun, jika harga menjunam di bawah sokongan MA50 akan menjadi petanda awal untuk pergerakan harga berubah bearish dan paras sokongan terhampir pada 1.27000 bakal diuji.

Jika gagal mengekang kejatuhan lebih rendah, harga boleh mencecah hingga ke sekitar 1.26000 atau lebih rendah untuk catatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat