GBP/USD Catat 180 Pips Kenaikan Pada Isnin, Harga Masih Teruskan Kenaikan

714

Kejadian rusuhan di bandar-bandar utama di Amerika Syarikat susulan kematian George Floyd, semakin membimbangkan pasaran. Penjualan matawang US dolar mula perlahan dengan sentimen pasaran cenderung ke arah lebih berisiko.

Presiden Donald Trump menyalahkan para Gabenor yang bersikap lemah dan mencadangkan untuk menggunakan khidmat tentera bagi mengawal keadaan.

Sehingga pasaran yang memasuki sesi Eropah hari ini, dagangan US dolar masih lagi dilihat lemah dengan kenaikan oleh matawang utama yang lain masih lagi cuba diteruskan.

Seperti matawang Pound, harga pada carta pasangan matawang GBP/USD kekal meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi hari ini mengatasi paras tumpuan 1.25000.

Pengukuhan dagangan Pound disokong oleh laporan The Times berkenaan rundingan Brexit yang menyatakan UK bersedia untuk berkompromi bersama Kesatuan Eropah (EU) hari ini dalam usaha mencapai kesepakatan rundingan.

Pada dagangan semalam, GBP/USD telah memulakan dagangan pada awal minggu dengan kenaikan harian sektiar 180 pips ke paras ketinggian 1.25000.

Namun paras ketinggian tersebut berjaya dilepasi harga pada kenaikan pada dagangan hari ini. Kenaikan harga masih diteruskan pada awal sesi Eropah menuju paras 1.26000.

Harga dijangka akan menguji paras ketinggian pada 1.26400 yang menjadi zon resistance pada carta GBP/USD di mana harga gagal menembusi zon tersebut ketika diuji pada dagangan April lalu.

Namun jika penurunan harga berlaku, paras 1.25000 akan kembali diuji sebelum harga meneruskan penurunan lebih rendah ke zon RBS (resistance become support) pada 1.24000.

Penurunan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal perubahan kepada trend bearish.

Penurunan lebih rendah bakal menuju semula zon RBS 1.22500 dan juga 1.21700 sebelum ke zon support harga pada 1.20800.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat