GBP/USD Catat Penurunan Pada Sesi Asia Hari Ini Setelah Melonjak 500 Pips Minggu Lalu

597

Pada minggu lalu, para peserta pasaran dikejutkan dengan pergerakan drastik matawang Pound Sterling yang mencatatkan peningkatan ketara terkesan oleh perkembangan positif rundingan Brexit.

Dengan laporan bahawa Britain dan Kesatuan Eropah bakal mencapai persetujuan rundingan sebelum tarikh akhir pengunduran Brexit penghujung bulan ini, dagangan pada carta pasangan matawang GBP/USD telah melonjak sehingga mencatatkan 500 pips kenaikan dari paras terendah mingguan.

Kenaikan harga dari paras terendah pada zon support 1.22000 telah mencapai paras ketinggian pada 1.27000 pada penutup dagangan minggu lalu, merekodkan kenaikan tertinggi sejak dagangan Julai.

Namun begitu, dilaporkan bahawa rundingan hujung minggu lalu agak genting dan gagal mencapai perjanjian. Ini disebabkan isu sempadan yang dicadangkan oleh UK tetapi EU mahu mengekalkan pela nasal di mana Ireland Utara terus kekal dalam gabungan EU.

Rundingan genting diteruskan di Brussels menjelang persidangan kemuncak EU yang akan bermula pada Khamis.

Dapat dilihat pergerakan harga pada GBP/USD mencatatkan penurunan sejak awal sesi Asia hari ini bermula dan penurunan dari paras tertinggi minggu lalu telah mencapai sekitar 140 pips penurunan ke paras tumpuan 1.25700 yang turut merupakn zon RBS (resistance become support).

Jika rundingan Brexit kembali goyah, tidak mustahil untuk pasaran menyaksikan harga kembali menjunam dengan kebimbangan pelabur yang masih melihat ketidakpastian pada rundingan tersebut yang semakin kesuntukan masa.

Pelabur kekal berhati-hati terhadap dagangan GBP susulan pergerakan volatile harga yang boleh meningkatkan risiko terhadap dagangan harian. Perkembangan rundingan Brexit akan terus dipantau pada minggu ini pula.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat