GBP/USD Catat Penurunan Pada Sesi Eropah Setelah Capai Paras Tertinggi 7 Bulan

405

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD dilihat berjaya mengekalkan corak kenaikan harga sepanjang minggu dengan catatan paras ketinggian harian terbaru setiap hari.

Ini adalah didorong pengukuhan Pound Sterling dengan tinjauan undian pilihan raya kekal didahului oleh Parti Konservatif kerajaan pimpinan Perdana Menteri UK Boris Johnson yang diramalkan akan memenangi majoriti undian.

Selain itu juga, pengukuhan harga turut disokong oleh faktor penyusutan dagangan dolar USD pada minggu ini dengan ketidaktentuan sentimen rundingan dagang AS-China yang meningkatkan kebimbangan para pelabur.

Secara teknikal, kenaikan harga pada carta GBP/USD setakat minggu ini sahaja mencatatkan 270 pips kenaikan ke paras tertinggi 7 bulan, sejak dagangan awal Mei lalu.

Setelah mencapai paras tertinggi semalam melepasi paras 1.31600 harga bergerak perlahan dan mendatar sehingga bersambung pada sesi pasaran Asia hari ini.

Namun, memasuki sesi pasaran Eropah, harga mula kembali menunjukkan penurunan dari paras ketinggian 1.31600 menguji zon RBS (resistance become support) sekitar 1.31200 dan juga garisan sokongan Moving Average 50 (MA50).

Pasaran kini menantikan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal memberi impak besar terhadap pergerakan dolar USD pada sesi New York malam ini.

Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, jangkaan destinasi tumpuan terdekat harga akan menuju paras 1.30000 sebelum menguji zon RBS pada 1.29800.

Harga juga akan menguji garisan trendline harga pada zon tersebut dan jika harga berjaya tembusi ke paras lebih rendah, pelabur bakal menjangkakan isyarat perubahan trend harga akan berlaku pada carta GBP/USD.

Sebaliknya jika harga kembali mengekalkan momentum kenaikan minggu ini, harga bakal melepasi paras resistance pada 1.31600 sebelum mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Kenaikan lebih tinggi bakal menuju ke paras 1.33000 yang merupakan zon resistance harga yang diuji ketika dagangan pada Mac yang lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat