GBP/USD Cenderung Meneruskan Siri Penurunan Harga Setelah Melonjak 200 Pips Minggu Lalu

715

Setelah melonjak hampir mencecah 200 pips kenaikan pada minggu lalu, pergerakan harga pada pasangan matawang GBP/USD kembali menunjukkan corak penurunan sejak awal dagangan minggu ini.

Dagangan USD agak mendatar berikutan sentimen pasaran masih berisiko dengan kebimbangan pelabur terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China terus dirasai. Sebarang laporan negatif terhadap rundingan bakal membuatkan dagangan USD terus merosot.

Sterling pula didagangkan lemah ekoran laporan yang kurang menyenangkan pada rundingan Brexit. Kerajaan Britain dan parti pembangkang dilihat gagal mencapai persetujuan dalam rundingan dan dalam masa yang sama terus menggugat kedudukan Perdana Menteri Theresa May dalam kepimpinan.

Diperhatikan pergerakan harga pada GBP/USD semalam, harga yang mendatar di bawah paras Magic Pivot pada sesi Asia semalam kemudiannya menyambung siri penurunan harga sehingga mencecah ke paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Seterusnya, pergerakan harga mula mendatar di sekitar paras tumpuan 1.3000 sehingga sesi pasaran New York ditutup.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga masih dilihat bergerak mendatar di atas paras 1.3000 semalam yang berada pada zon RBS (resistance become support). Harga juga dilihat dibuka rendah di bawah paras Magic Pivot 1.3023 hari ini.

Jika harga berjaya turun lebih rendah dari zon RBS tersebut, jangkaan penurunan harga akan melepasi paras support 1.2966 (MagicS1) sebelum menuju pula ke paras support 1.2929 (MagicS2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan lagi bakal menguji semula zon support pada 1.2872 (MagicS3) yang dicecah harga pada dagangan April sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, harga dijangka bergerak ke paras sekitar 1.30700-1.30800 untuk menguji paras SBR (support become resistance) di kawasan tersebut sebelum menuju ke paras resistance pada 1.3117 (MagicR2).

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.2966, 1.2929, 1.2872.

Paras resistance: 1.3060, 1.3117, 1.3154.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat