GBP/USD Cuba Melantun Ke Atas Semula, Tapi Terbatas Di $1.2600!

280

Tak sambung corak penurunan, sebaliknya harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD bergerak mendatar pada dagangan Khamis semalam.

Jika diperhatikan pergerakan dari awal minggu, harga telah memaparkan penurunan dari paras ketinggian 1.27000 yang merupakan zon rintangan diuji sepanjang minggu lepas, namun tidak berjaya ditembusi.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi Asia semalam mencecah paras 1.25430 sebelum kenaikan dipaparkan semula di sesi Eropah dan New York semalam.

Dilihat corak kenaikan harga terbatas setakat paras 1.26000 yang menjadi rintangan semasa buat harga dan pergerakan perlahan harga yang disambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) juga masih mendatar di bawah 1.26000 itu.

Namun, pelabur menilai terdapat petunjuk kecil untuk perubahan trend berlaku semula apabila harga mula bergerak di atas garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut yang memberi isyarat pergerakan bearish sebelum ini berkemungkinan berakhir.

Justeru, pelabur memerhatikan paras 1.26000 yang akan menjadi petunjuk berikutnya untuk pergerakan harga selain berwaspada menjelang laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Jika harga melonjak kukuh di atas paras 1.26000, kenaikan bakal diteruskan menuju kembali paras ketinggian 1.27000.

Jika rintangan tersebut juga berjaya ditembusi, paras ketinggian terbaru 4 bulan bakal dicatatkan dengan sasaran terbaru untuk dicapai adalah pada 1.28000 hingga 1.29000.

Sementara, jika berlaku penurunan harga pula, paras terhampir yang dilihat akan dituju adalah pada 1.25000 dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik yang dipaparkan.

Namun jika harga terus tembus ke bawah, penurunan harga berkemungkinan akan dilanjutkan hingga sekitar paras tumpuan 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat