GBP/USD Cuba Untuk Capai $1.2300 Atau Tersungkur Bawah $1.2200?

212

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di awal minggu dilihat bergerak perlahan dalam corak bullish selepas lonjakan berlaku pada penutup minggu lalu.

Selepas reaksi laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu, harga telah melonjak ke paras ketinggian 1.22600, namun dibuka rendah sekitar 1.22000 pada awal minggu semalam.

Di sesi Eropah, harga kelihatan jatuh ke sekitar 1.21650 sebelum melantun naik semula di sesi New York dan mendaki hingga ke paras 1.22400.

Masih menjadi isyarat bullish buat harga apabila pergerakan di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD selepas lantunan semula harga.

Harga berlegar di sekitar 1.22500 pada sesi Asia pagi ini (Selasa) sementara pelabur masih tercari-cari petunjuk yang lebih jelas untuk menentukan arah selanjutnya.

Jika kenaikan harga berlaku, tumpuan terhampir dilihat pada zon 1.23000 sebagai rintangan untuk diuji setelah kali terakhir harga berada di situ pada 20 September lalu.

Melepasi rintangan 1.23000 akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga menuju sasaran pada 1.24000 pula yang merupakan rintangan pada dagangan September.

Sementara, untuk jangkaan penurunan harga pula, penurunan di bawah paras 1.22000 yang turut melepasi sokongan MA50 akan menjadi petunjuk awal bagi perubahan pergerakan bearish harga.

Seterusnya, harga bakal menuju semula ke zon tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.21000 dengan jangkaan bakal ada reaksi menarik dipaparkan oleh harga di sekitar tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat