GBP/USD – Isyarat Bearish Muncul Sebagai Amaran Kepada Trader!

297

Pelabur berwaspada dengan petunjuk awal bagi perubahan trend pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu ini.

Berbeza berbanding corak kenaikan berterusan minggu lalu, harga mula menunjukkan tanda-tanda untuk penurunan berlaku selepas momentum bullish gagal dikekalkan.

Pada Isnin, harga masih berjaya meneruskan pendakian mencapai paras tertinggi terbaru 4 minggu, namun penurunan mula berlaku dan berterusan pada Selasa semalam didorong oleh reaksi terhadap ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres.

Isyarat untuk mengekalkan dasar sedia ada dilihat menyokong US dolar untuk bergerak stabil walaupun pengukuhan tidaklah begitu ketara dipaparkan.

Pergerakan harga pada carta GBP/USD yang mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam mencetuskan isyarat bearish.

Selepas susut di bawah paras 1.28000, harga mendatar perlahan di sekitar 1.27800 pada dagangan sesi Asia pagi ini (Rabu).

Penurunan lebih rendah dijangka untuk diteruskan lagi selepas ini bagi menyambung corak pergerakan semalam.

Jika dilanjutkan lebih rendah, harga berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 1.27000 semula untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Namun jika harga berjaya bangkit semula melepasi halangan MA50 dan zon 1.28000, kenaikan harga akan cuba untuk mencapai sekali lagi paras ketinggian di awal minggu.

Seterusnya, pendakian lebih tinggi untuk catatkan paras ketinggian terbaru dilihat akan mensasarkan kepada 1.29000 sebagai tumpuan terhampir harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat