GBP/USD Jatuh Lagi, Turun Ke Paras Terendah 11 Minggu!

674

Pound Sterling terus berdepan situasi penurunan nilai setiap hari sejak minggu lalu lagi susulan sentimen berisiko yang membelenggu mata wang Britain itu.

Kebimbangan untuk sekatan pergerakan di UK dilanjutkan lagi selepas tarikh 19 Julai pembukaan ekonomi pastinya akan terus memberi tekanan terhadap Pound.

Perkembangan penularan Covid-19 varian Delta yang menjejaskan rancangan pemulihan ekonomi di UK terus dipantau.

Carta pergerakan harga pasangan mata wang GBP/USD mengekalkan corak penurunan harga bersambung pada dagangan Khamis semalam.

Selain Pound yang lemah, pengukuhan US dolar menjelang laporan pekerjaan NFP hari ini juga terus menekan harga lebih rendah berbanding minggu lalu.

Dengan pergerakan harga masih di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang kekal sebagai isyarat trend bearish, harga telah turun di bawah zon support 1.38000 mencecah ke paras terendah terbaru sekitar 1.37500.

Pergerakan harga mendatar di paras sekitar tersebut pada sesi Asia pagi Jumaat, namun penurunan harga masih dijangka untuk diteruskan.

Paras 1.37000 menjadi sasaran penurunan seterusnya untuk harga menguji zon support yang gagal ditembusi ketika dagangan Mac dan April yang lalu.

Namun sekiranya pelabur menyaksikan lonjakan harga selepas laporan NFP diterbitkan, kenaikan di atas paras 1.38000 semula bakal menuju ke rintangan sekitar 1.39000-1.39200.

Kenaikan lebih tinggi boleh mencapai sehingga ke zon rintangan tumpuan pada 1.40000 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat