GBP/USD Kecundang, Minggu Lalu Junam 200 Pips!

199

Corak bearish harga dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD dengan penurunan ketara berlaku pada dagangan sesi-sesi akhir minggu lalu.

Mesyuarat bank pusat England (BOE) tidak memberi sebarang sokongan kepada peningkatan Pound, sementara US dolar pula pamer pengukuhan susulan situasi pasaran berisiko di penghujung minggu.

Langkah penurunan kadar faedah telah dimulakan oleh bank pusat Switzerland pada minggu lalu sedikit mencetuskan panik dalam pasaran dan ini menimbulkan spekulasi bahawa bank pusat lain berkemungkinan akan mengikuti jejak pelonggaran dasar itu tanpa menunggu tindakan Federal Reserve (Fed).

Justeru, pelabur telah menyaksikan penurunan lebih 200 pips pada carta GBP/USD di penghujung minggu lalu.

Harga yang pada mulanya melonjak selepas mesyuarat FOMC mencapai zon 1.28000, namun situasi bertukar bearish semula dengan penurunan yang lebih ketara dipaparkan selepas itu.

Harga menjunam di bawah paras 1.27000 sebelum melanjutkan kejatuhan tersebut hingga ke zon tumpuan berikutnya pada 1.26000.

Berlaku reaksi menarik harga di sekitar zon tersebut, dan harga dilihat masih berlegar di sekitar itu pada dagangan pembukaan awal minggu ini.

Dengan pergerakan bearish harga di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut, harga dilihat cenderung untuk susut lebih rendah.

Sekiranya gagal kekal di atas paras 1.26000, penurunan bakal dilanjutkan dengan sasaran seterusnya akan beralih pada sekitar 1.25000.

Namun, situasi boleh kembali berubah dengan jangkaan kenaikan semula melepasi halangan MA50 dan menguji rintangan pada zon 1.27000.

Kenaikan lebih tinggi daripada itu akan menjadi isyarat bullish untuk harga pulih semula meneruskan corak kenaikan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat