GBP/USD Kekal Merangkak Di Zon $1.2000 Untuk Akhiri Penutup 2022

122

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi mendatar menuju sesi-sesi terakhir bagi dagangan tahun 2022 ini.

Walaupun US dolar didagangkan lemah pada sesi New York semalam, namun Pound gagal untuk memanfaatkan peluang untuk meningkat dengan kebimbangan aktiviti mogok yang dilaporkan berlaku di UK sehingga ke malam tahun baru.

Justeru, pergerakan harga di carta GBP/USD masih dijangka akan mendatar namun sebarang kejutan boleh berlaku terutamanya di sesi New York.

Zon sokongan harga masih lagi dilihat pada 1.2000 yang berjaya melantunkan semula harga setelah beberapa kali diuji sejak minggu lalu.

Namun kenaikan harga pula dilihat terhad hingga di zon 1.21000 yang menjadi penghalang harga melonjak lebih tinggi.

Pelabur masih lagi perlu menunggu isyarat lebih jelas terhadap perubahan trend harga, menanti untuk harga keluar dari zon sideway tersebut.

Sekiranya berlaku lonjakan harga yang menembusi rintangan pada 1.21000, ia akan menjadi petanda awal bagi permulaan pergerakan trend bullish setelah harga juga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Untuk jangkaan bagi corak kenaikan harga, zon rintangan berikutnya adalah dilihat pada 1.22000 bakal diuji harga.

Namun, jika harga menunjukkan penurunan semula, zon support 1.2000 akan terus diuji untuk ditembusi dan harga bakal menyambung semula trend bearish yang bermula pada pertengahan Disember lalu.

Paras tumpuan seterusnya untuk penurunan lebih rendah adalah sekitar 1.19400 dan 1.18800 antara yang dilihat akan memberi reaksi menarik oleh harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat