GBP/USD Kekal Trend Bearish Menuju $1.2100

273

Kekal trending pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD sehingga semalam seperti yang dijangkakan meluas oleh pasaran.

Masih tiada sebarang perubahan pada petunjuk harga sebelum ini yang dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat bank pusat pada minggu lalu.

Pound kekal lemah, sementara US dolar berjaya kekalkan pengukuhan di sesi New York walaupun data tinjauan keyakinan pengguna serta jualan rumah baru di Amerika Syarikat (AS) catat bacaan yang suram.

Semakin menuju ke penghujung September, pelabur akan lebih berwaspada menantikan terbitan data yang dijangka akan lebih memberi impak ke atas US dolar iaitu data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan data inflasi PCE AS.

Jika bacaan kekal positif, US dolar yang terus kukuh bakal mengheret harga jatuh ke paras terendah terbaru lagi.

Setelah diperhatikan, harga pada carta GBP/USD terus menyusur lebih rendah melepasi paras sokongan yang diuji sebelum ini pada 1.22000.

Walaupun tidak begitu agresif, harga mengekalkan tempo penurunan untuk beberapa hari dengan pergerakan masih di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Dengan kecenderungan untuk harga menyambung corak penurunan tersebut, paras 1.21000 dilihat sebagai destinasi tumpuan untuk diuji harga seterusnya.

Jika harga tembus lebih rendah, sasaran akan beralih ke sekitar 1.2000 pula setelah kali terakhir harga mencecah paras itu sejak Mac lalu.

Namun, tidak mustahil untuk harga juga memaparkan lantunan menaik yang mengubah arah pergerakan trend sebelum ini.

Sekiranya harga melepasi paras 1.22000 dan halangan MA50, ini boleh menjadi petanda untuk harga mula membuat kenaikan ke paras lebih tinggi semula.

Kenaikan dilihat akan menuju semula paras 1.23000 atau zon tumpuan 1.24000 yang menunjukkan reaksi penting pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat