GBP/USD Kekalkan Kenaikan, Sasar Rekod Tertinggi Terbaru

562

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terus dilihat meneruskan kenaikan pada dagangan penghujung minggu lalu selepas lonjakan pada dagangan sebelumnya dicetuskan susulan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE).

Pound berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar selepas laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan turut melemahkan mata wang US dolar dalam pasaran.

Selain itu juga, pengukuhan Pound dilihat akan disokong oleh sentimen kempen vaksinasi di UK pada kadar yang pantas. Susulan itu juga, Perdana Menteri UK Boris Johnson turut bercadang untuk melonggarkan sekatan pergerakan pada bulan ini.

Hal ini bakal mendorong kenaikan lebih tinggi harga pada carta GBP/USD.

Pergerakan harga dilihat perlahan pada permulaan dagangan awal minggu ini dengan bergerak mendatar sekitar paras 1.37300 pada zon resistance selepas kenaikan pada minggu lalu melepasi paras rintangan 1.37000.

Kenaikan lebih tinggi yang dijangkakan berkemungkinan mampu melonjak sehingga melepasi paras 1.38000 sekaligus merekodkan paras ketinggian terbaru sejak dagangan April 2018.

Namun begitu, pelabur juga perlu berwaspada sekiranya perubahan semula pada sentimen pasaran akan menekan semula harga jatuh lebih rendah di bawah paras 1.37000.

Penurunan harga kemudiannya akan menuju semula ke zon sokongan harga sekitar 1.36000. Paras ini berjaya ditembusi pada penurunan minggu lalu sebelum harga melonjak semula di atas paras tersebut selepas mesyuarat BOE.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat