GBP/USD Kembali Uji Zon $1.3600 Menjelang Laporan Data NFP AS

433

Laporan mesyuarat Bank of England (BOE) dilihat telah menepati jangkaan pasaran untuk mengambil langkah dalam meningkatkan kadar faedahnya sekali lagi setelah kenaikan yang dilaksanakan pada Disember.

Pelaksanaan terbabit terus dibuat setelah BOE mengambil kira mengenai kadar inflasi yang semakin membimbangkan dan aspek berkaitan sekali gus menyokong matawang Pound sedikit mengukuh.

Namun pengukuhan itu agak terbatas susulan politik UK masih dibelenggu kebimbangan Brexit yang masih belum terungkai di kala pasaran sedang menanti laporan NFP Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Walau bagaimanapun, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD masih meningkat ketika pembukaan sesi New York semalam (Khamis) dan telah kembali capai zon rintangan 1.36000.

Akan tetapi harga nampaknya tidak berdaya untuk meningkat lebih tinggi setelah tersangkut di zon rintangan itu untuk terus kekal mendatar sehingga awal sesi Eropah dagangan hari ini (Jumaat).

Pergerakan harga juga menyaksikan corak uptrend yang masih kukuh setelah harga terus bergerak di atas paras rintangan Moving Average 50 (MA50) untuk isyarat awal kepada perubahan trend.

Ini membuktikan bahawa pergerakan harga berkebarangkalian bakal berupaya untuk mencapai ke zon rintangan 1.37460 yang turut dilihat merupakan rekod tertinggi dalam 14 bulan sejak November 2021.

Lonjakan agresif bakal menyaksikan harga mencapai ke zon rintangan tumpuan utama pada 1.38000 yang sekali gus akan mencatat paras ketinggian yang terbaharu lagi.

Namun sebaliknya jikalau pergerakan harga terus melangkah dalam menterjemahkan penurunan, zon 1.35000 sudah tentunya bakal menjadi sasaran terdekat yang akan dititikberatkan terlebih dahulu.

Penurunan harga yang lebih rendah mengatasi zon berkenaan secara tidak langsung akan mendorong harga mempamer keupayaan untuk kembali mencecah zon sokongan 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat