GBP/USD Kena ‘Sidai’ Dekat $1.2700, Harga Nak Pergi Mana?

188

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD terbatas di awal minggu apabila corak kenaikan pada minggu lalu tidak berjaya diteruskan.

US dolar yang alami penyusutan minggu lalu selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) terbit dengan angka yang menurun, mula bergerak stabil semalam.

Ini didorong oleh kenyataan-kenyataan yang disampaikan oleh ahli Federal Reserve (Fed) yang masih dalam nada berwaspada dalam menilai situasi inflasi.

Dalam pada itu, Pound juga berisiko untuk alami kejatuhan susulan bank pusat England dilihat sedang bersedia untuk melaksanakan langkah pemotongan kadar faedah pada musim panas ini.

Carta GBp/USD menyaksikan harga menguji zon rintangan 1.27000 pada minggu lalu dengan mencatatkan paras tertinggi terbaru beberapa minggu.

Pada awal minggu semalam, harga mendatar sepanjang hari pada zon 1.27000 tersebut dengan julat pergerakan yang kecil sekitar 30 pips sahaja.

Namun harga masih bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang menandakan isyarat pergerakan masih bullish.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini juga harga dilihat masih lagi perlahan di atas zon 1.27000.

Jika selepas ini kenaikan berjaya dipamerkan, harga dijangkakan untuk menuju zon tumpuan berikutnya pada 1.28000 selain mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Selepas melepasi zon tersebut, kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan sehingga 1.29000.

Sebaliknya jika harga berundur turun daripada 1.27000, isyarat bearish akan kelihatan dan harga berkemungkinan akan menghampiri semula zon RBS (resistance become support) pada 1.26000.

Susut lebih rendah dari zon tersebut akan menunjukkan pergerakan bearish lebih jelas dengna jangkaan sasaran beralih ke sekitar 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat