GBP/USD Lengkapkan Lonjakan 200 Pips Selepas Kejutan Keputusan Mesyuarat BOE

382

Bank of England (BOE) cetuskan kejutan dalam pasaran apabila memutuskan untuk meningkatkan kadar faedah kepada 0.25% daripada 0.10% pada mesyuarat polisi semalam.

Majoriti ahli mesyuarat mengundi untuk kadar dinaikkan selepas data inflasi yang diterbitkan baru-baru ini telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh sedekad.

Susulan itu, pelabur sudah mula meletakkan keyakinan untuk pengukuhan Pound lebih awal dan seterusnya meneruskan pengukuhan selepas keputusan hawkish bank pusat.

Dengan pengukuhan Pound yang berjaya mengatasi US dolar, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis telah melonjak sehingga 200 pips bermula dari reaksi keputusan mesyuarat FOMC.

Kenaikan harga sehingga sesi New York semalam telah mencapai paras rintangan 1.33700 namun kembali menutup dagangan lebih rendah semula di sekitar paras 1.33000.

Pergerakan harga kembali perlahan bersambung pada sesi Asia pagi Jumaat. Namun, corak kenaikan yang dipamerkan memberi isyarat untuk jangkaan trend bullish diteruskan.

Kenaikan harga seterusnya dilihat akan menguji zon rintangan 1.34000 untuk mencapai paras ketinggian terbaru 3 minggu.

Namun walaupun BOE telah mencetuskan dorongan untuk Pound mengukuh, namun tidak dilupakan Federal Reserve (Fed) juga telah beri isyarat lebih hawkish untuk mengetatkan dasarnya.

Oleh itu, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan pengukuhan US dolar pada bila-bila masa sahaja selepas ini.

Pengukuhan US dolar berbanding Pound akan kembali menekan semula harga di bawah paras 1.33000 dan menembusi sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat trend bearish yang lebih jelas.

Penurunan akan kembali menguji zon support 1.32000-1.31700 yang masih berjaya menjadi penyokong harga daripada susut lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat