GBP/USD Makin ‘Bearish’ Lepas Mesyuarat BOE Minggu Lalu

119

Pound Sterling didagangkan menyusut selepas pelabur memberi tumpuan terhadap keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) minggu lalu.

Di penghujung minggu, diterbitkan pula data pertumbuhan ekonomi UK yang mencatatkan penguncupan pada bulan Mac sekaligus menambahkan lagi tekanan pergerakan mata wang tersebut.

Sementara, US dolar cemerlang memaparkan pengukuhan sepanjang minggu berikutan dipengaruhi sentimen risk-off dengan kebimbangan terhadap isu siling hutang di Amerika Syarikat (AS) yang menjadi tumpuan ketika ini.

Perubahan corak harga telah diperhatikan pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu lalu yang bersifat bearish dengan penurunan yang berlaku.

Setelah ketinggian harga pada mulanya dicapai pada 1.26800 ketika reaksi data inflasi AS diterbitkan, penurunan telah dipamerkan sehingga akhirnya mencecah 1.24500 di penghujung sesi terakhir minggu itu.

Seperti yang dijangkakan sebelum ini, jika penurunan harga masih diteruskan, paras 1.24000 pula dilihat akan menjadi tumpuan untuk dicecah.

Jika tembus lebih rendah, pergerakan bearish akan dilanjutkan untuk harga menuju pula sekitar 1.23000.

Namun jika harga mula melonjak kembali minggu ini, rintangan yang perlu diuji harga adalah pada paras 1.25000 selain halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Jika berjaya dilepasi, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk mencapai semula paras tumpuan pada 1.26000 sebelum ini.

Seterusnya, ketinggian dicapai minggu lalu akan dicabar harga sebelum paras ketinggian terbaru bakal dicatatkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat