GBP/USD Masih Belum Keluar Dari ‘Zon Perangkap’ $1.2100-$1.2000

97

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi berada dalam zon mendatar seperti beberapa minggu sebelum ini, ketika memulakan dagangan di awal 2023.

Harga masih bergerak dalam julat rintangan 1.2100 dan sokongan 1.2000 sementara pelabur menantikan petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Pergerakan mendatar di awal minggu ini masih dijangka akan berterusan sehingga data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Rabu.

Seterusnya, laporan data pekerjaan NFP AS pula akan menjadi tumpuan utama pada penghujung minggu ini dan dijangka akan memberi impak pergerakan harga khususnya buat US dolar.

Ketiadaan data-data ekonomi penting di UK minggu ini akan membuatkan pergerakan pasif buat Pound berbanding US dolar.

Ketika harga memulakan dagangan di paras rintangan 1.2100 di sesi Asia pagi Isnin semalam, corak penurunan harga kembali dipaparkan sehingga harga mendatar di sesi New York sekitar 1.20400.

Menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga sedikit meningkat dilihat menuju semula ke zon 1.2100.

Sekiranya zon rintangan tersebut berjaya ditembusi minggu ini, harga bakal memberikan petanda lebih jelas untuk memulakan trend bullish dengan sasaran berikutnya adalah pada zon 1.2200.

Sebaliknya jika berlaku terjunan semula harga, zon support 1.2000 akan terus diuji seperti minggu-minggu sebelum ini.

Jika lantunan semula harga tidak berlaku, harga yang berjaya tembus zon tersebut akan catatkan paras terendah terbaru 6 minggu dengan paras 1.18800 menjadi tumpuan pada penurunan harga yang diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat