GBP/USD Masih Belum Mahu Jatuh, Harga Bakal Uji Rintangan 1.33000

638

Situasi ‘tarik-tali’ dalam rundingan Brexit masih membuatkan pelabur berwaspada dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk perjanjian dicapai.

Pada minggu ini, beberapa laporan berkenaan Brexit telah menghiasi pasaran dengan pergerakan turun naik harga bagi mata wang Pound Sterling disaksikan.

Pada perkembangan terbaru, rundingan dikhabarkan terpaksa dihentikan kerana salah seorang pegawai perunding Kesatuan Eropah (EU) telah diumumkan positif Covid-19.

Justeru, pelabur dapat melihat harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah membuat penurunan ke paras sokongan 1.32000.

Namun, harga dilihat kembali menunjukkan peningkatan semula sehingga ke penghujung sesi New York selepas laporan terbaru yang menyatakan persetujuan antara UK dan EU akan diumumkan pada minggu hadapan.

Sentimen positif Brexit tersebut telah menyokong kenaikan harga ke paras 1.32800 dengan sekitar 80 pips kenaikan ke zon resistance tersebut.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pada hari ini (Jumaat), harga bergerak perlahan di sekitar paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga sementara pelabur menantikan isyarat pergerakan lebih jelas di sesi Eropah.

Kenaikan harga bakal menguji zon resistance 1.33000 sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan untuk harga mencatatkan paras ketinggian terbaru 10 minggu.

Sekiranya zon resistance tersebut masih gagal ditembusi, harga berkemungkinan akan kembali membuat penurunan semula ke paras support 1.32000 atau ke paras lebih rendah.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat