GBP/USD Masih Bergelut Untuk Kekal Corak ‘Bullish’ Harga

317

US dolar paparkan pengukuhan semula pada sesi New York semalam selepas memulakan dagangan dengan lemah pada pembukaan pasaran awal minggu ini.

Lonjakan semula hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) di atas paras 1.50% dilihat menyokong pengukuhan semula US dolar.

Namun, ketika mata wang utama lain menerima tekanan awal terhadap pengukuhan yang dipaparkan US dolar, Pound berjaya mencatatkan pengukuhan disokong oleh ucapan Gabenor Bank of England (BOE).

Walaupun memberi amaran terhadap pemulihan ekonomi UK, Gabenor Andrew Bailey menyatakan bahawa ahli mesyuarat meneliti faktor-faktor yang boleh mendorong kenaikan inflasi dan mendukung kenyataan hawkish bank pusat pada mesyuarat minggu lalu.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, harga dilihat masih bergelut untuk melonjak melepasi rintangan 1.37000.

Selepas kenaikan harga semalam melepasi 1.37000, harga kembali berlegar perlahan semula di paras tersebut sehingga bersambung ke dagangan sesi Asia pagi ini.

Selepas harga mula bergerak di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam, pelabur kini menantikan isyarat lebih jelas untuk pergerakan trend bullish harga.

Untuk meneruskan trend bullish, harga bakal meningkat melepasi ketinggian 1.37500, iaitu paras yang dicapai ketika lonjakan harga selepas mesyuarat polisi BOE minggu lalu.

Kenaikan harga seterusnya akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.38000 dan jika momentum kenaikan berjaya dikekalkan, harga boleh mencapai semula paras ketinggian 1.39000.

Sebaliknya jika harga masih gagal meneruskan kenaikan di atas paras 1.37000, penurunan harga dijangkakan untuk menuju semula ke zon support 1.36000 yang sebelum ini telah menyokong kenaikan harga semula pada Ogos lalu.

Penurunan lebih rendah di bawah zon support tersebut bakal merekodkan paras terendah terbaru sejak Januari dijangka mencecah sekitar 1.35000.

Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat