GBP/USD Masih Tersekat Di Bawah Paras $1.3640 Selama 3 Minggu

244

Pound Sterling pada minggu lalu dilihat berjaya untuk menyerap tekanan oleh US dolar yang disokong oleh sentimen pasaran yang berisiko susulan krisis Rusia-Ukraine. Namun mampukah situasi tersebut dikekalkan oleh Pound minggu ini?

Dagangan awal minggu akan memberi tumpuan terhadap terbitan data ekonomi UK bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan di sesi Eropah untuk mengukur kesihatan ekonomi semasa.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, corak kenaikan harga dipamerkan pada minggu lalu namun zon rintangan 1.36400 masih lagi belum berjaya ditembusi setelah dicapai di penghujung minggu.

Harga susut semula menuju zon 1.35700 pada penutup dagangan minggu lalu sebelum pantul untuk meningkat pada awal sesi Asia pagi ini bagi pembukaan dagangan awal minggu.

Zon rintangan sekitar 1.36400-1.36600 bakal diuji sekali lagi untuk kenaikan di awal minggu untuk memberi petunjuk bagi pergerakan selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut, sasaran seterusnya adalah untuk menuju sekitar 1.37400 bagi menguji zon rintangan yang pernah diuji pada Januari lalu sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 minggu.

Jika situasi berubah dan penurunan harga pula yang berlaku, susut di bawah paras 1.35700 akan mendorong harga menuju ke paras 1.35000 untuk menguji sekali lagi zon RBS (resistance become support) setelah beberapa minggu zon tersebut berjaya menyokong kenaikan semula harga.

Penurunan lebih rendah melepasi zon RBS tersebut akan memberi isyarat lebih jelas untuk pergerakan trend bearish buat harga berkemungkinan akan menuju ke paras 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat