GBP/USD Melantun 100 Pips Selepas CPI UK Meleset Dari Ramalan!

232

Pound mencuri perhatian pada dagangan Rabu semalam apabila menjadi antara mata wang yang menyerlah ketika mata wang utama lain didagangkan suram susulan tekanan situasi pengukuhan US dolar.

Pengukuhan Pound dipamerkan di awal sesi Eropah semalam berikutan pasaran memberi reaksi terhadap data inflasi UK yang diterbitkan meningkat lebih tinggi berbanding ramalan.

Ini memberi jangkaan awal untuk bank pusat meneruskan pengetatan dasar monetari sekaligus memberi sokongan terhadap Pound ekoran tarikan terhadap mata wang itu mula meningkat.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pamerkan petanda untuk perubahan trend berlaku.

Selepas penurunan harga dari hari sebelumnya diteruskan pada sesi Asia, harga yang menyentuh paras sokongan 1.26000 kemudiannya telah melonjak 100 pips setelah data inflasi diterbitkan.

Kenaikan harga hampir menyentuh paras 1.27000 namun harga berundur semula di sesi New York dan berlegar di sekitar paras itu pada penutupan penghujung sesi.

Namun, apa yang membuatkan pelabur mula berhati-hati apabila pergerakan harga yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis) dilihat mula berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, memberi isyarat awal untuk perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sekiranya harga yang menguji paras 1.27000 hari ini berjaya tembusinya.

Sasaran adalah untuk harga menuju pula zon rintangan 1.28000 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Disember lalu.

Namun, jika rintangan 1.27000 gagal untuk harga atasi, berkemungkinan berlaku penurunan semula untuk menuju kembali zon support semasa iaitu pada 1.26000 yang diuji semalam.

Jika tembus lebih rendah, pergerakan bearish lebih jelas akan dipaparkan untuk harga mensasarkan sehingga sekitar 1.25000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat