GBP/USD Melonjak Catat Paras Tertinggi Mingguan Terbaru

531

Tidak ketinggalan untuk mengukuh, Pound Sterling pamerkan prestasi cemerlang menuju ke penghujung minggu selepas berjaya meneruskan kenaikan semalam berbanding US dolar setelah bergerak lemah di awal minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD dilihat meneruskan kenaikan untuk hari ketiga untuk menutup dagangan minggu ini di paras tertinggi mingguan terbaru.

Walaupun menunjukkan penurunan pada sesi Asia semalam, harga kembali membuat kenaikan semula pada sesi Eropah didorong oleh penurunan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan US dolar ketara menyusut sehingga bersambung ke sesi New York.

Data tinjauan ISM bagi sektor pembuatan AS yang mencatatkan bacaan meningkat tetap gagal untuk menyokong pengukuhan semula US dolar.

Harga meneruskan lonjakan melepasi paras 1.38000 dan menguji paras 1.38300 pada penghujung sesi.

Menyambung dagangan di sesi Asia pada pagi Jumaat, harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dari zon SBR (support become resistance) tersebut namun kenaikan harga lebih perlahan.

Pelabur akan lebih berwaspada untuk dagangan hari ini menjelang laporan data pekerjaan NFP AS dengan kebanyakan bank-bank ditutup sempena Good Friday yang akan menambah risiko pergerakan tak menentu dalam pasaran.

Harga dilihat membuat kenaikan menguji paras ketinggian 1.38400 yang dicapai pada awal minggu sebelum kenaikan yang diteruskan akan ke zon resistance pada 1.38700.

Seterusnya, jika harga berjaya mengekalkan kenaikan pada trend bullish sehingga minggu berikutnya, harga akan dijangka kembali semula ke zon rintangan utama pada 1.40000.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras 1.38000 dilihat akan menjadi paras sokongan buat harga untuk meningkat semula.

Harga yang kekal meneruskan penurunan lebih rendah akan menuju semula ke zon support minggu ini sekitar 1.37200-1.37000.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat