GBP/USD Melonjak Rekodkan Kenaikan Harian Terbesar Sejak Jun!

222

Mesyuarat dasar monetari bank pusat England menjadi tumpuan pada sesi Eropah semalam yang turut mengundang kejutan oleh pengukuhan Pound.

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah di paras 0.10% dan juga mengekalkan sasaran pembelian aset berjumlah £895 bilion.

Namun, pelabur memberi tumpuan terhadap kenyataan hawkish BOE. Ahli mesyuarat MPC sebulat suara bersetuju untuk kadar dikekalkan, tetapi undian untuk langkah pengurangan pembelian aset (tapering) telah bertambah.

Penggubal polisi masih lagi berwaspada terhadap ketidaktentuan pasaran buruh, namun memberi isyarat untuk pengetatan polisi di mana kenaikan kadar akan diutamakan berbanding tapering.

Menarik perhatian pasaran terhadap pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam, harga telah mencatatkan kenaikan harian 140 pips yang merupakan kenaikan harian terbesar sejak Jun.

Melepasi rintangan pada 1.37000, harga telah mencapai ke paras ketinggian sekitar 1.37500 pada sesi New York semalam dan sedikit susut pada penghujung sesi.

Dengan isyarat perubahan trend bullish selepas harga bergerak semula di atas halangan Moving Average 50 (MA50), akan menjangkakan kenaikan seterusnya menuju paras 1.38000 untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Sekiranya penurunan harga berlaku semula, zon 1.37000 bakal diuji semula dan berpotensi menjadi zon penting yang boleh menyokong harga meneruskan kenaikan.

Penurunan di bawah zon 1.37000 akan mendorong harga menuju semula ke zon support 1.36000 yang masih belum berjaya ditembusi pada minggu ini.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat