GBP/USD ‘Menggila’ Sehingga Pamer 130 Pips Lonjakan Padu Harga!

871

Pound Sterling menjadi mata wang tumpuan utama pada sesi New York semalam apabila pelabur menyaksikan lonjakan bertenaga harga semula selepas mata wang Britain itu bergerak lemah sejak awal minggu.

Pasaran telah memberi reaksi terhadap keputusan mesyuarat polisi monetari bank pusat England yang dilihat bernada hawkish.

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras terendah 0.10% untuk mesyuarat pertama bagi tahun 2021.

Namun lebih menjadi tumpuan adalah petunjuk oleh bank pusat bahawa langkah pelaksanaan kadar faedah negatif dilihat semakin menjauh untuk menjadi pilihan sekurang-kurangnya bagi tempoh 6 bulan.

Ini telah menyuntik semula pengukuhan buat mata wang Pound dan pelabur menyaksikan lonjakan sehingga 130 pips pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD sebaik sahaja keputusan mesyuarat BOE diterbitkan.

Jika diperhatikan, pergerakan harga pada sesi sebelumnya melihatkan harga menyambung trend penurunan sehingga melepasi paras sokongan 1.36000.

Namun selepas mencecah ke paras sekitar 1.35650, harga mencanak sehingga hampir mencecah paras 1.37000 semula di zon resistance bagi dagangan minggu-minggu sebelum ini.

Harga juga dilihat telah menembusi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, namun pelabur berwaspada untuk petunjuk arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Sehingga dagangan yang bersambung ke sesi Asia, harga kembali mendatar berlegar di bawah paras 1.37000.

Kenaikan harga yang berjaya melepasi paras 1.37000 akan menguji semula paras ketinggian 1.37500 yang masih gagal ditembusi selepas diuji beberapa kali untuk beberapa minggu.

Untuk paras ketinggian terbaru, zon harga 1.38300 dilihat akan menjadi antara paras tumpuan atau sasaran kenaikan yang diteruskan harga.

Sebaliknya jika harga menyambung semula trend penurunan di awal minggu, harga bakal kembali semula ke zon sokongan 1.36000 dan juga paras terendah yang dicapai semalam.

Seterusnya zon RBS (resistance become support) pada 1.35300 dan juga paras 1.35000 dilihat menjadi destinasi tumpuan pada penurunan harga.

Selain laporan pekerjaan NFP AS, pelabur juga akan memberi tumpuan terhadap ucapan oleh Gabenor BOE, Andrew Bailey untuk petunjuk yang baru.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat