GBP/USD Meniti Di Atas $1.19400, Ke Mana Arah Harga Seterusnya?

135

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat lebih mendatar semalam berbanding corak penurunan yang jelas dipamerkan pada awal minggu.

Pada Isnin lalu, harga telah menjunam dari ketinggian 1.21000 sehingga ke paras 1.19400.

Tapi pada Selasa semalam, harga meningkat dahulu ke paras 1.20600 sebelum turun semula ke paras 1.19400 yang masih kekal menjadi paras sokongan semasa buat harga.

Namun, harga masih dilihat masih bergerak dalam trend bearish ekoran kenaikan yang dibuat juga terhalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Sementara perkembangan di UK agak perlahan untuk pelabur melihat kesan terhadap mata wang Pound, US dolar dilihat lebih menjadi pemacu untuk pergerakan harga.

Perkembangan protes di China terus dipantau yang akan mempengaruhi arah bagi US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Sementara itu, pelabur juga menanti data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan tapi yang lebih menjadi tumpuan adalah kepada ucapan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada awal pagi Khamis.

Sekiranya faktor-faktor berikut akhirnya menyokong bagi pengukuhan US dolar, harga pada carta GBP/USD bakal menyambung penurunan lebih rendah menuju penghujung minggu.

Melepasi paras sokongan 1.19400, harga bakal menyusur lebih rendah ke zon tumpuan 1.18000 yang menjadi tumpuan pada pertengahan November lalu.

Sebaliknya, jika harga melonjak lebih tinggi melepasi zon 1.2000 dan turut menembusi halangan MA50, pelabur berkemungkinan akan melihat sebagai gambaran awal untuk pergerakan trend bullish harga semula.

Kenaikan yang diteruskan bakal menguji zon 1.21000 selepas minggu lalu telah menyaksikan harga bergelut untuk kekal berada di atas zon tersebut.

Berjaya melepasi rintangan itu akan mencatatkan paras ketinggian terbaru 16 minggu dengan sasaran seterusnya adalah sekitar 1.22000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat