GBP/USD Menjunam Lebih 100 Pips Jumaat Lalu, Harga Nak Turun Lebih Rendah Minggu Ni?

438

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD minggu lalu dilihat gagal mengekalkan corak kenaikan harga setelah penurunan ketara kembali dipamerkan pada penghujung minggu.

Pada Jumaat, harga yang membuat kenaikan telah mencapai paras tertinggi mingguan hampir menyentuh paras 1.31200 sebelum harga kembali menjunam lebih 100 pips lebih rendah menuju paras tumpuan 1.30000.

Penurunan pada awalnya terkesan oleh data jualan runcit UK untuk bulan Disember 2019 yang mencatatkan kejatuhan ketara selepas 4 bulan bacaan menurun berturut-turut sebelumnya.

Harga turun melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dan juga melepasi trendline yang menunjukkan perubahan trend harga.

Penurunan terus didorong oleh data pembinaan rumah di Amerika Syarikat yang diterbitkan pada sesi New York, dengan bacaan angka yang meningkat ke paras tertinggi 13 tahun.

Menyambung dagangan pada awal minggu, harga dibuka lebih rendah berbanding penutupan harga pada minggu lalu dan pergerakan harga pada sesi Asia mendatar di sekitar paras 1.30000.

Dengan momentum penurunan yang dikekalkan, harga dilihat akan turun menguji zon support di sekitar paras 1.29600 yang gagal ditembusi minggu sebelum ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, harga akan cuba melepasi paras 1.30500 dan juga halangan dinamik MA50 sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya bakal menguji semula paras ketinggian yang dicapai Jumaat lalu yang juga dilihat sebagai zon SBR (support become resistance) pada carta GBP/USD.

Sekiranya Pound berjaya terus kukuh, harga boleh mencapai paras ketinggian sehingga sekitar 1.32000 menguji semula zon tumpuan harga pada dagangan awal bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat