GBP/USD – Mula Rancak, Lonjakan Harian Hingga 130 Pips Berlaku!

227

Susulan penyusutan yang sedang berlaku ke atas US dolar, mata wang utama lain termasuk Pound juga turut meningkat tinggi menuju dagangan penghujung minggu ini.

Ditambah jangkaan kesemua komponen pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang bakal suram, penggubal dasar Federal Reserve (Fed) juga berpandangan untuk menghentikan kenaikan kadar faedah buat ketika ini.

Justeru, US dolar bergerak lemah ketika tumpuan terhadap isu siling hutang sebelum ini mula beralih kembali pada dasar monetari bank pusat.

Pada carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada Khamis semalam, kenaikan harian sehingga 130 pips telah berjaya dipamerkan.

Pada mulanya, penurunan dipaparkan dahulu di sesi Asia menuju paras 1.24000, kemudiannya harga berjaya melonjak sehingga mencapai ketinggian 1.25400 di sesi New York.

Lantunan juga dilihat berlaku ketika harga harga menyentuh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menunjukkan isyarat masih bullish.

Pergerakan perlahan bersambung di sesi Asia pagi Jumaat ini, namun corak kenaikan masih lagi dijangka akan diteruskan.

Sasaran untuk kenaikan lanjut harga adalah untuk menuju paras 1.26000 pula sebelum kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan, bakal mencapai ketinggian pada 1.27000.

Namun jika situasi berubah ketika reaksi pada penerbitan data NFP malam nanti, harga boleh berubah arah membuat penurunan semula.

Jatuh di bawah paras 1.25000 semula akan menjangka penurunan awal akan menuju ke zon sokongan 1.24000.

Setelah melepasi sokongan MA50, waspada untuk kejatuhan lebih rendah yang boleh mencecah hingga ke zon 1.23000 yang menjadi tumpuan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat