GBP/USD Mulakan Dagangan Awal Minggu Dengan Lonjakan Hampir 100 Pips

865

Pergerakan harga masih lagi mendatar dengan pelabur kekal berhati-hati menantikan sentimen pasaran yang lebih jelas untuk dagangan awal minggu.

Matawang Pound Sterling dilihat bergerak lebih kukuh berbanding US dolar dengan kenaikan yang dipamerkan sejak awal sesi Asia pada carta harga pasangan GBP/USD.

Kenaikan harga sejak sesi Asia pagi ini hampir mencecah 100 pips dengan momentum kenaikan mula perlahan pada awal sesi Eropah.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson kini dilaporkan sihat dan kembali bertugas. Langkah pembukaan semula ekonomi di UK sedang dalam pertimbangan.

Pelabur walau bagaimanapun tetap berhati-hati terhadap dagangan Pound berikutan perkembangan negatif rundingan Brexit pada hujung minggu lalu di mana UK bertegas untuk tidak melanjutkan tempoh peralihan. Canselor Jerman, Angela Merkel memberi amaran bahawa UK seharusnya melanjutkan lagi tempoh peralihan tersebut.

Harga pada carta GBP/USD yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga dilihat memberi isyarat awal perubahan trend.

Kenaikan harga pada dagangan hari ini juga telah melepasi zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 1.2400.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan menuju paras tumpuan pada 1.2500 jika US dolar terus bergerak lemah pada sesi berikutnya.

Namun jika penurunan harga kembali berlaku, harga bakal turun semula lebih rendah menguji sokongan dinamik MA50 sebelum menuju zon support sekitar 1.22500 yang menjadi paras terendah dicecah harga minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat