GBP/USD Naik Tak Sempat Sentuh $1.2700 Sebelum Berundur Turun

356

Penganalisis meneliti perubahan corak harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD Khamis semalam.

Pada awalnya kenaikan harga diteruskan sehingga ke sesi Eropah yang menyusuli lonjakan pada Rabu lalu, namun di sesi New York harga mula menunjukkan penurunan semula.

Selepas kenaikan mencapai ketinggian 1.26800, harga susut semula untuk menutup dagangan di penghujung sesi sekitar 1.26400 semula.

Situasi perubahan arah itu disebabkan oleh pemulihan semula US dolar ketika pasaran menilai kenyataan-kenyataan oleh beberapa ahli Federal Reserve (Fed) yang bernada hawkish terhadap dasar monetari.

Namun, pelabur bakal berwaspada dengan menjangkakan sebarang kemungkinan untuk berlaku hari ini berikutan bakal diterbitkan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York nanti.

Menyambung dagangan pada hari ini (Jumaat) pada carta GBP/USD, harga susut di sesi Asia menguji garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang diperhatikan pelabur untuk petunjuk arah selanjutnya.

Sekiranya harga melantun naik dari situ, paras ketinggian semalam akan cuba untuk diatasi sebelum harga menguji pula zon 1.27000.

Jika tembus lebih tinggi, harga akan dipacu naik untuk mensasarkan ke zon tumpuan berikutnya yang berada pada ketinggian 1.28000.

Sementara, jika penurunan harga pula yang diperlihatkan di penghujung minggu ini, paras 1.26000 dilihat antara kawasan yang akan menjadi tumpuan terhampir harga.

Harga berisiko untuk menjunam lebih rendah ke bawah dan mencecah semula paras terendah di awal minggu sekitar 1.25400.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat