GBP/USD Pacak Ke Paras Tertinggi 2 Minggu Sebelum Junam 100 Pips!

171

Setelah beberapa hari memaparkan pergerakan harga yang mendatar, pelabur sedikit tersentak dengan kerancakan harga di carta GBP/USD pada sesi New York semalam.

Ini disebabkan perubahan pada nilai mata wang US dolar dengan reaksi pasaran terhadap data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Awal sesi New York bermula menyaksikan pengukuhan ketara US dolar susulan data pekerjaan ADP AS yang mengukur pertambahan pada sektor swasta untuk bulan Jun melonjak ketara mengatasi bacaan bulan sebelumnya.

Selain itu, tinjauan ISM sektor perkhidmatan AS juga kukuh pada Jun dengan angka yang lebih tinggi berbanding ramalan dan juga bulan sebelumnya.

Jika diperhatikan pada carta GBP/USD, harga yang mendatar di atas 1.27000 sepanjang sesi Asia kemudiannya memaparkan kenaikan ketara mencapai 1.27800 sekaligus mencatatkan ketinggian terbaru 2 minggu.

Namun pembukaan sesi New York menyaksikan perubahan situasi apabila pengukuhan US dolar menjunamkan harga hingga melepasi semula paras 1.27000 dan mencecah sekitar 1.26740.

Harga walau bagaimanapun tidak melanjutkan kejatuhannya apabila melantun semula separuh dari terjunan sebelumnya dan menutup dagangan penghujung sesi sekitar 1.27400.

Masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish apabila harga kembali berada semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut, namun pelabur waspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS malam ini.

Sekiranya US dolar melemah, harga berkemungkinan melonjak lebih tinggi mengatasi ketinggian dicapai semalam untuk catatkan ketinggian yang terbaru.

Sasaran kenaikan adalah untuk menuju zon rintangan pada ketinggian 1.28400 yang telah dicapai pada beberapa minggu yang lalu dan menjadi rekod tertinggi harga sejak April 2022.

Sementara ramalan bagi penurunan harga pula, susut di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi 1.27000 akan mencetus isyarat pergerakan bearish semula buat harga.

Penurunan lanjut masih dijangkakan untuk menuju sasaran 1.26000 yang menjadi paras sokongan harga pada dagangan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat