GBP/USD Pecah Rekod Tertinggi Sejak April 2018!

555

Penyusutan berterusan US dolar telah mendorong kenaikan lebih tinggi harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu ini.

Seperti yang dijangka, harga telah meneruskan lonjakan ke paras tertinggi terbaru sejak April 2018 yang lalu selepas zon rintangan harga sebelum ini berjaya ditembusi.

Mata wang Pound Sterling turut mendapat sokongan oleh perkembangan angka kes jangkitan Coronavirus di UK yang dilihat semakin menunjukkan corak penurunan. Walaupun kadar kes masih tinggi, namun UK pertama kali berjaya mencatat kes harian di bawah 100,000 sejak November tahun lalu.

Ini sedikit sebanyak menyokong kenaikan harga selepas lonjakan Pound minggu lalu yang didorong oleh komen bank pusat berkenaan kadar faedah negatif.

Dapat dilihat pada carta harga GBP/USD semalam, harga turun menguji paras 1.37000 sebelum melonjak semula ke paras ketinggian minggu-minggu sebelum ini iaitu pada sekitar 1.37500.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga telah berjaya melonjak keluar dari zon resistance tersebut dan meneruskan kenaikan menuju ke paras 1.38000 sekaligus mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Trend harga kekal bullish dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan jangkaan paras 1.38300 akan menjadi destinasi tumpuan.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1.37000 akan menjadi sokongan buat harga dan membentuk zon RBS (resistance become support) yang terbaru.

Penurunan lebih rendah akan dilihat kembali semula ke paras 1.36000 dan perubahan trend bearish akan dijangkakan semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat