GBP/USD Sambung Lonjakan Ke Paras $1.2200, Tapi Momentum Sedikit Kendur

101

Sementara penganalisis menjangkakan prestasi suram oleh Pound menuju penghujung minggu ini dengan jangkaan data ekonomi UK bakal diterbitkan suram, lain pula cerita di awal minggu.

Pound meningkat ke paras tertinggi 3 minggu berbanding US dolar, tetapi kenaikan harga adalah didorong oleh faktor penyusutan US dolar selepas terkesan dengan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan minggu lalu.

Presiden Federal Reserve (Fed) cawangan San Francisco, Mary Daly menyatakan bahawa pilihan untuk kenaikan kadar faedah terbaru berkemungkinan 50 atau 25 mata asas.

Ini semakin menguatkan lagi kecederungan Fed bagi langkah memperlahankan pengetatan dasar monetarinya sebelum ini.

Sentimen pasaran yang dipulihkan dengan berita pembukaan Hong Kong setelah ditutup 3 tahun lalu mula menjernihkan suasana pasaran global, tetapi menjadi tekanan buat US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Isnin semalam, harga telah catatkan kenaikan harian sekitar 100 pips, namun momentum dilihat lebih perlahan berbanding lonjakan pada Jumaat lalu.

Setelah melepasi paras 1.21000, harga telah mencapai paras ketinggian pada 1.22000 dan mula perlahan di sekitar tersebut di penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga sedikit mendatar di bawah 1.22000 yang kini menjadi zon rintangan terbaru buat harga.

Namun kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan untuk melepasi zon tersebut sebelum mensasarkan pula pada ketinggian baru sekitar 1.23000.

Tetapi jika kenaikan lebih tinggi gagal diteruskan selepas tersangkut di zon 1.22000, penurunan harga berkemungkinan boleh berlaku semula.

Harga bakal singgah kembali di zon 1.21000 dan jika harga gagal dilantunkan, penurunan lebih rendah menembusi zon itu bakal menuju ke sekitar 1.2000 atau 1.19000 yang menjadi tumpuan pada minggu-minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat